Sejarah Istana Windsor

Zaman Pertengahan

Istana ini mula dibina William si Penakluk sedasawarsa selepas menakluk England pada 1066,[10] William mengasas tapak suatu busut berbenteng (motte and bailey) sekitar dengan jarak sehari perjalanan – sekitar 20 batu (32 km) – dari London agar memudahkan pergerakan segera,[10] lagi-lagi bila ia berdekatan Sungai Thames yang utama menuju kota tersebut serta Hutan Windsor yang pernah dimiliki raja-raja Saxon.[11] Istana ini tidaklah dijadikan semayaman diraha pada asalnya kerana raja-raja ini lebih menggunakan istana semayam Edward the Confessor di Old Windsor.[12] Henry I penghuni pertama istana ini,[13] baginda turut beristeri dengan Adela puteri Godfrey tahun 1121.

Zaman Victoria

Kurun ke-19 dan ke-20

Istana ini menjadi tempat perlindungan rahsia Raja George VI, Permaisuri Bonda Elizabeth, dua-dua puteri mereka Elizabeth dan Margaret serta banyak kakitangan isi Istana Buckingham yang dipindahkan ke sana dengan meletusnya Perang Dunia Kedua: semua khazanah seni penting termasuk alat kebesaran diraja[14] disembunyikan sambil jendela-jendela istana ditutuphitamkan,[15] kamar-kamar persemayaman mereka diperkuatkan menahan daripada sebarang serangan udara[16] sambil seberapa lukisan cat untuk rupa bentuk istana dkomisyenkan antara 1942–4 sekiranya istana perlu dipulihkan seni bina jika terbinasa.[17] Dua-dua Raja George dan Permaisuri Elizabeth dilaporkan keberadaan tetap dalam Istana Buckingham atas sebab keselamatan dan meredakan keadaan rakyat,[16] kedua-dua mereka turut mencemar duli ke London pada siang setiap hari untuk tujuan sama memerhatikan keadaan. Pekarangan istana mengambil masa bertahun-tahun dipulihkan kepada rupa pra-perang.[18]

Elizabeth II memilih istana ini sebagai persemayaman beradu baginda sebaik ditabalkan sebagai Ratu UK bulan Februari 1952.[19] Tapak-tapak semayam peribadi dari zaman Permaisuri Mary diubahsuai lanjut sebelum dapat dihuni oleh baginda ratu, suaminya Philip dan dua orang putera-puterinya.[19]

Pada 20 November 1992, suatu kebakaran besar berlaku dalam pekarangan istana yang didapati berpunca daripada lampu limpah yang digunakan dalam kerja-kerja ubahsuai dan pemuliharaan yang membakar suatu langsir altar istana pada waktu pagi[20] sebelum merebak serata binaan selama 15 jam. Kebakaran tersebut merosakkan sebahagian besar Upper Ward,[21] 9 buah kamar menyambut tetamu serta lebih 100 kamar istana lain.[20] Hampir semua khazanah dan peninggalan diraja berjaya dikeluarkan[20] sambil 200 orang ahli bomba[22] memadam kebakaran yang ada dalam bangunan istana tersebut,[23] Pemadaman ini berjaya pada pagi keesokan harinya[24] namun pemadaman ini secara tidak sengaja menimbulkan masalah kerosakan yang rumit beikutan kejadian ini.[25] Pemulihan semula pasca-kebakaran yang meniru gaya seni sebelumnya dengan kaedah moden[26] dilakukan sehingga tamat tahun 1997 dengan tampungan sebanyak £37 juta (£67juta jika mengikut inflasi 2015).[27][28]

Kini

Rujukan

WikiPedia: Istana Windsor http://www.stgeorges-windsor.org/ //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=I... http://www.windsor-berkshire.co.uk/the-long-walk/ http://www.royalcollection.org.uk/event/conquer-th... http://www.royalcollection.org.uk/sites/default/fi... https://books.google.com/books?id=0UCQl0ocbZMC&dq=... https://books.google.com/books?id=1PYGAAAAQAAJ&q=R... https://books.google.com/books?id=39T1zElEBrQC&dq=... https://books.google.com/books?id=4p4HAAAAQAAJ&q=b... https://books.google.com/books?id=A3UIAQAAMAAJ&q=%...